HEY, NICE TO KNOW YOU.. please leave your URL,so i can add you up... thanks for the visit

Saturday, 19 July 2014

20. 07. 1995 ... 3.13 pm
08. 01. 2014.....3.13 pm


Selamat hari lahir yang ke 19  anak mak, Muhammad Asri b. Mohammed Roshaizat .
Mak rindu adik, rindu sangat-sangat... tapi inilah ketentuan ALLAh untuk kita mak bersyukur melahirkan adik di dunia ini, membesarkan adik dan berada di sisi adik ketika adik melalui hari-hari terakhir adik di dunia ini. anak mak yang tabah, yang kuat semangat, yang tak pernah merungut apa-apa pun dengan dugaan yang ALLAH berikan utk adik. Mak ingat setiap kali mak kata, beratnya penderitaan adik, dengan kanser yg semakin merebak di tambah lagi siksanya adik melalui kimoterapi yang menyakitkan..adik akan kata, tak apa mama, ada orang yang lagi teruk dari adik. Di waktu yang lain, adik kata adik lebih bernasib baik daripada orang lain, ALLAH bagi adik sakit lama supaya adik sempat bertaubat, sempat minta maaf berbanding kalau adik mati secara tiba-tiba.
bila kesihatan adik semakin buruk, mak tetap berharap adik akan sembuh. Mak tetap berdoa agar adik kembali sihat, agar adik bahagia dunia akhirat tapi adik kata.. mama, kadang-kadang ALLAH tak kabulkan doa mama di dunia ini tapi ALLAH bagi di akhirat nanti...
Akhirnya itulah yang berlaku sayang, ALLAH mengambil anak yang paling mak sayang. Alhamdulillah ALLAH berikan mak waktu selama 18 tahun lebih utk bersama adik. Air terakhir yang adik minum adalah air yang mak suapkan, nasi yang mak masak dan mak suapkan utk adik adalah makanan terakhir adik di dunia ini. Mak lahirkan adik  20hb 07.1995, 3.13 ptg. Pada 08.01.2014, 3.13 ptg, adik menghembuskan nafas terakhir di depan mak. Tiada lagi anak mak yang selalu buat mak ketawa, yang selalu mak peluk dan cium kedua-dua belah pipi, anak-anak mak yang lain panggil mak tapi adik panggil mak, mama. Dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH, mak berharap sangat bertemu adik di shurga... Mak rindu dan sayang adik sangat-sangat...

Tuesday, 13 August 2013

Kaya atau miskin?

"Kekayaan merupakan satu dugaan..."

Mungkin kita pernah dngar dngan ayat mcm tu.. Tpi sering terlintas difikiran kita bahawa kemiskinan itu juga satu dugaan ataupun lebih tepat sebagai ujian.

Cuba kita renungkan sejenak....
Kekayaan dan kemiskinan adalah satu ujian.. Xsemestinya kita akan gagal dalam ujian hidup. Btl kan??? So lebih baik diuji dngan kekayaan dripada kemiskinan.. Itu hanya pendapat aku semata-mata kerna setiap org mempunyai gaya dan cara permikiran yang berbeza.

Sama juga kecantikan wajah seseorang.. Kecantikan juga meripakan satu ujian.. Jdi kalau diberi peluang adakah kita nak jdi hodoh atau kacak, agak2 apelah jawapan kita.. Yes betul ade org cakap buat ape nak cari pasangan yang cantik nanti tua hodoh jugak.. Tpi bukankah kecantikan tu pada zaman sekarang kadang2 digunakan untuk memilih kawan bahkan ketika interview kerja.. Xkisah la bagai mana muka kita diusia tua nanti, yang penting adalah masa sekarang..
Pada pendapat saya org yang mengatakan bahawa kaya itu tidak membahagiakan msti x pernah merasai keseronokkan menjadi org kaya atau kacak..

Kadang kala manusia mencipta sesuatu untuk menutup kelemahan diri tetapi lupa akan hakikat hidupan...

MENCUBA MENCARI MAKNA SEBENAR

Sunday, 11 August 2013

Mencari keajaiban

Manusia nie...
-kadang2 ade yang suka melihat kesulitan yg dialami oleh org lain terutama org yg dibenci
- kadang2 ingin menunjukkan kpd masyarakat dunia bahawa dia mengetahui segala segalanya
-kadang2 apabila bercerita agak terlebih2 dari keadaan yg sebenar....

Dan aq
Seperti cuba utk membohongi diri sendiri atau lebih tepat tidak dpt terima kenyataan, mungkin..

Yes betul mungkin keadaan aq semakin teruk seumpama yang ditunjukkan dalam laporan perubatan.. Tpi bukankah itu hanya satu cacatan doctor?? Bagi aq yg tertulis di kertas laporan kesihatan itu hnya tanggapan semata-mata dan memerlukan minda aq untuk terus memperbaiki keadaan... Cancer bukan lah satu hukuman tetapai cara untuk aq melihat dunia dari sudut yg agak berbeza dari manusia lain...

Keajaiban sentiasa berlaku disekeliling kita tanpa kita sedar. Pernahkah kita terfikir bahawa "tembak" dalam exam then dpt betul itu hnya perkara biasa?? Itu adalah salah satu keajaiban kerna bukan smua dpt melakukannya... Jadi adakah menjadi satu kesalahan untuk aq berharap keajaiban yg lebih besar??

Sunday, 14 July 2013

new school

hey all.. lama dah rase xupdate benda mnie. ( entah ade yg bace ke x hha haa.)... so sekarang aku bukan la seorang pelajar sekolah yg bertaraf tinggi lgy. reason??? aq dah tukar sekolah. gossss.. memang sepatutnya aku dah xsekolah pun so disebabkan desmoplastic small round cell tumour so sekarang aq terpaksa masuk la tingkatan 5 lagin sekali. lagi sekalIIIIIIIII... hhhe.

hidup aku sebuah rahsia

Friday, 30 November 2012

Kenpa Dngan aku nie??


Arr penatnye mlm nie.. xnak tulis pasal cncer dah… xnak fikir…xnak fikir …xnak fikir……
Fuhhhh penat jgak meluah perasaan mlm2 nie.. btw, mlm nie still malam yg mmbosankan nk thu sbb ape?? Sbb x bleh nk tdur even skrng dah pukul 2.45 pagi.
Dalam busan2 tu ade la g buka facebook jap, tngah tngok home tetiba teringat kat dia… huh, nk add segan ddk harap dia add jngan harap la.. siapa la kita nie. Nak skod dia punya fb dia buat private,last2 bleh tngok pic dia je la.. hurrm..
Tukar topik tukar topik….. nooo mane bleh asyik ingat kat dia… ish ish ish..
Tpi tpi tpi.. xde topic dah nie.. bye….. hha hha

Monday, 17 September 2012

Desmoplastic Small Round Cell tumour


Assalamualaikum…..
Hai semua, rasa dah lama sngat xupdate blog . hari ini rasa macam nak berkongsi pengalaman dengan korang semua. Memang pada mulanya, cuba nak rahsiakan dari orang lain. Tetapi rasa macam xseronak pulak. Bukan nak kata nak menagih simpati Cuma rasa lebih baik berkongsi pengalaman kerana bukan semua orang akan mendapat ujian seperti saya. Hari ini genap  07/09/2012 yang bermaksud sudah  1 bulan dan 16 hari saya menghidapi cancer desmoplastic small round cell tumour. Cancer ini jarang berlaku di dunia. Dalam research yang telah saya buat sehingga tahun 2012 kurang 250 orang yang menghidapi kancer ini. Mula-mula mencari maklumat pasal cancer tension tu xpayah nak cakap la. Dah la info dalam bahasa melayu x banyak, lepas tu yang bahasa English pulak banyaknya hanyalah jurnal yang ditulis oleh doctor luar Negara mengenai pesakit-pesakit mereka. Walaubagaimanapun terdapat juga maklumat yang dapat kita ambil dari situ. Sebelum menyambung cerita ini. Izinkan saya untuk bercerita mengenai bagaimana permulaan saya mendapat penyakit ini. ……….
Saya xberapa ingat bila sintomp ini bermula, tetapi sejak sekolah, sejak sebelum puasa lagi. Seorang teman bertanya kenapa perut saya buncit pelik. Buncit kedepan( saya xtahu la nak gambarkan keadaan perut nie, okey cuba bayangkan perut orang buncit tapi keras macam orang ada 6 pack, mcm tu la kowt.) saya masa tu ingat macam biasalah sebab lelaki memang banyak yang buncit Cuma yang musykilnya itu Cuma nie saya nie orang yang kurus. Saya pun  buat x endah la pasal benda-benda macam tu. Then, xlama lepas tu saya jadi sangat-sangat mudah penat dan sering mengantuk dalam kelas. Memang time petang tu time tidur la( memang suka tidur pun.. hhe hee) Cuma bila saya bangun dari tidur saya akan jadi bertambah penat sampaikan n ak jalan pun xlarat. Tapi usaha jugak nak balik aspura( asrama putera) sebab nak sambung tidur lagi… hal ini berterusan tetapi ada hari-harinya saya berada dalam keadaan okey je. Tidak lama selepas itu, bulan Ramadan pun menunjukkan diri...  Sebelum bulan puasa  kami pelajar MRSM boleh balik rumah tetapi kena datang maktab hari pertama Ramadan. Tetapi time cuti kat rumah ayah and mama macam pelik sebab saya makan sikit kalau makan banyak saya terus muntah balik semua makanan tu, sebab saya ini jenis orang yang suka makan banyak2.  Tiba-tiba ayah ajak pergi klinik sentosa kat tapah dalam pukul 9:30. Lepas tu doctor klinik tu cakap “kalau keras macam nie bukan kes saya, you kena bayak pergi hospital sekarang jugak”. Dia pun buat surat rujukan untuk hospital. Kemudian dalam pukul 10 malam tu sampai la hospital tapah. Kat sana nama doctor yang merawat saya nama dia doctor fara. Dia check perut. Ketuk2 perut lepas tu dia suruh buat ujian darah dan masukkan air dalam badan. Lama jugak nak tunggu ujian darah tu dapat result. Dalam pukul 11 tu dia panggil ayah saya masuk dalam. Dia cakap darah semua normal. Saya sudah buat janji temu dengan bahagian radiology dari hospital raja permaisuri bainun( aka hospital ipoh) untuk membuat ultrasound kat perut anak encik. Sebab perut anak encik nie keras sangat. Malam tu saya pun balik rumah dengan seribu tanda tanya apa yang sebenarnya yang sedang berlaku………setakat ini dulu untuk kali ini, kerna saya perlu rehat yang cukup untuk menghadapi semua ini……

To be continue