Assalamualaikum…..
Hai semua, rasa dah lama sngat
xupdate blog . hari ini rasa macam nak berkongsi pengalaman dengan korang semua. Memang pada mulanya, cuba nak
rahsiakan dari orang lain. Tetapi rasa
macam xseronak pulak. Bukan nak kata nak menagih simpati Cuma rasa lebih baik
berkongsi pengalaman kerana bukan semua orang akan mendapat ujian seperti saya.
Hari ini genap 07/09/2012 yang bermaksud
sudah 1 bulan dan 16 hari saya menghidapi cancer desmoplastic small round
cell tumour. Cancer ini jarang
berlaku di dunia. Dalam research yang telah
saya buat sehingga tahun 2012 kurang 250
orang yang menghidapi kancer ini. Mula-mula mencari maklumat pasal cancer
tension tu xpayah nak cakap la. Dah la info dalam bahasa melayu x banyak, lepas
tu yang bahasa English pulak banyaknya hanyalah jurnal yang ditulis oleh
doctor luar Negara mengenai
pesakit-pesakit mereka. Walaubagaimanapun terdapat juga maklumat yang dapat
kita ambil dari situ. Sebelum menyambung cerita ini. Izinkan saya untuk
bercerita mengenai bagaimana permulaan saya mendapat penyakit ini. ……….
Saya xberapa ingat bila sintomp
ini bermula, tetapi sejak sekolah, sejak sebelum puasa lagi. Seorang teman bertanya kenapa perut saya buncit pelik. Buncit kedepan( saya xtahu la nak gambarkan
keadaan perut nie, okey cuba bayangkan perut orang buncit tapi keras macam
orang ada 6 pack, mcm tu la kowt.) saya masa tu ingat macam biasalah sebab
lelaki memang banyak yang buncit Cuma yang musykilnya itu Cuma nie saya nie
orang yang kurus. Saya pun buat x endah
la pasal benda-benda macam tu. Then, xlama lepas tu saya jadi sangat-sangat
mudah penat dan sering
mengantuk dalam kelas. Memang time petang
tu time tidur la( memang suka tidur pun.. hhe hee) Cuma bila saya bangun dari
tidur saya akan jadi bertambah penat
sampaikan n ak jalan pun xlarat. Tapi usaha jugak nak balik aspura( asrama
putera) sebab nak sambung tidur lagi… hal ini berterusan tetapi ada
hari-harinya saya berada dalam keadaan okey je. Tidak lama selepas itu, bulan
Ramadan pun menunjukkan diri... Sebelum
bulan puasa kami pelajar MRSM boleh
balik rumah tetapi kena datang maktab hari pertama Ramadan. Tetapi time cuti
kat rumah ayah and mama
macam pelik sebab saya makan sikit kalau makan banyak saya terus muntah balik semua makanan tu, sebab saya ini jenis orang
yang suka makan banyak2. Tiba-tiba ayah
ajak pergi klinik sentosa kat tapah dalam pukul 9:30. Lepas tu doctor klinik tu
cakap “kalau
keras macam nie bukan kes saya, you kena bayak pergi hospital sekarang jugak”. Dia pun buat surat rujukan untuk hospital. Kemudian
dalam pukul 10 malam tu sampai la hospital tapah. Kat sana nama doctor yang
merawat saya nama dia doctor fara. Dia check perut. Ketuk2 perut lepas tu dia
suruh buat ujian darah dan masukkan air dalam badan. Lama jugak nak tunggu
ujian darah tu dapat result. Dalam pukul 11 tu dia panggil ayah saya masuk
dalam. Dia cakap darah semua normal. Saya sudah buat janji temu dengan bahagian
radiology dari hospital raja permaisuri bainun( aka hospital ipoh) untuk
membuat ultrasound kat perut anak encik. Sebab perut anak encik nie keras
sangat. Malam tu saya pun balik rumah dengan seribu tanda tanya apa yang
sebenarnya yang sedang berlaku………setakat ini dulu untuk kali ini, kerna saya
perlu rehat yang cukup untuk menghadapi semua ini……
To be continue